Memulakan perniagaan adalah pengalaman yang memang menerujakan, tetapi tidak senang. Untuk mendapat keuntungan, anda juga perlu membelanjakan banyak. Proses permulaan perniagaan dari permulaan lebih susah, terutamanya kalau anda tidak mempunyai pembiayaan yang mencukupi. Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan adalah melalui loan perniagaan.
Memulakan perniagaan baru satu saat yang memang menerujakan, tetapi banyak cabarannya. Salah satu halangan yang paling kerap dilaporkan ialah proses mendapatkan pinjaman kerajaan yang rumit. Pinjaman bank secara tradisional sukar untuk diluluskan, terutamanya jika anda perniagaan yang baru dengan kapital yang terhad.
Skim pembiayaan ini membuka peluang untuk mengembangkan dan meningkatkan pendapatan perniagaankerana usahawan dapat mengakses modal tambahan Teruskan membaca dan ketahuienam sebab usahawan di Malaysia perlu memohon pinjaman supaya dapat menjamin kejayaan perniagaan anda.
Naik Taraf Peralatan Lama
Menaik taraf peralatan lama anda boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Anda juga boleh membantu mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru. Dengan teknologi baru, anda dapat menyelaraskan proses perniagaan menggunakan digitalisation.
Digitalisation akan membolehkan perniagaan mengemaskini proses dan membuat persediaan untuk menghadapi sebarang senario yang tidak dijangka seperti wabak COVID-19. Dengan bantuan pembiayaan PKS, perniagaan boleh mengautomasikan tugasan tertentu, seperti penyediaan invois, sekaligus membantu anda menjimatkan masa dan wang. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan.
Skim pembiayaan ini boleh juga digunakan untuk pelaburan dalam perisian analitik yang boleh membawa kepada data dan maklumat yang berharga tentang pelngaan anda. Data ini boleh lah digunakan untuk merangka strategi perniagaan anda pada masa hadapan.
Naik Taraf Inventori
Salah satu cara terbaik untuk mula mengembangkan perniagaan anda ialah dengan mengemaskini inventori. Pelaburan inventori tambahan boleh membantu anda meningkatkan jualan anda kerana dapat menghasilkan lebih banyak stok untuk memenuhi permintaan pelanggan. Anda juga dapat meningkatkan pilihan produk dan mengelakkan kehabisan stok.
Anda juga boleh melabur dalam sistem pengurusan inventori untuk membantu anda menjejaki tahap stok dan membuat pesanan jika perlu dengan mudah. Ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi memastikan bahawa rak anda sentiasa penuhdengan apa sahaja yang diperlukan oleh pelanggan.
Akhir sekali, pastikan anda mencipta sistem logistikyang cekap yang dapat memastikan pesanan dihantar dengan cepat dan tepat; ini memastikan pelanggan berpuas hati sambil meningkatkan pendapatan dalam jangka masa panjang.
Meningkatkan Jumlah Staf
Penambahan sumber manusia berprestasi tinggi ke dalam perniagaan anda boleh membantu meningkatkan produktiviti, selain menjana keuntungan. Pembangunan ahli staf boleh memberi anda kelebihan daya saing atau competitive advantage yang boleh menjadikan perniagaan anda peneraju industri.
Menambah jumlah orang staf boleh meningkatkan semangat pekerja di dalam syarikat. Mereka juga akan membawa masuk idea baru yang segar kepada iklan syarikat dan meningkatkan kapasiti beban kerja anda.
Meningkatkan Kesedaran Awam Dengan Kaedah Pemasaran
Perniagaan anda mungkin sudah mempunyai produk, perkhidmatan, dan harga terbaik untuk bersaing dengan syarikat lain di ruang anda. Tetapi, jika tiada sesiapayang mengetahui tentangperniagaan anda, anda masih akan gagal. Anda boleh memastikan perniagaan diberi pengiktirafan yang sepatutnya dengan menggunakan sejumlah daripada loan perniagaan anda untuk melabur dalam taktik pemasaran atau marketing.
Dengan menggunakan pemasaran digital, anda boleh menjangkau khalayak yang lebih besar dengan berkesan dan memastikan produk anda dilihat oleh pasaran dunia. Pemasaran digital membolehkan anda menyasarkan demografi spesifik, lalu memberikan anda maklumat tentang pelanggan baru yang mungkin akan berminat dengan tawaran produk atau servis perniagaan anda.
Pemasaran juga membantu membina kepercayaan dengan prospek dan mengukuhkan identiti jenama anda.
Melalui pemasaran yang konsisten padaplatform media yang berbeza, seperti media sosial atau pemasaran e-mel secara langsung, pengguna akan mulabiasa dengan syarikat dan tawaran anda. Ini menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan membeli daripada anda kerana mereka telah pun kenal dengan jenama tersebut.
Melunaskan Hutang Sedia Ada
Melunaskan hutang sedia ada adalah cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda. Mengurangkan beban kewangan boleh memberi ruang untuk meningkatkan fokus kepada projek baru dan strategi perniagaan pada masa hadapan.
Selain itu, anda boleh mengurangkan bayaran bulanan dan menguruskan pinjaman dengan lebih mudah ialah dengan menyatukan semua hutang. Anda akan dapat mengurus kewangan anda dengan lebih bernas dan membuka ruang untuk meningkatkan perbelanjaan untuk R&D perniagaan yang dapat meningkatkan keuntungan anda pada jangka masa panjang.
Pembentukan Safety Net
Loan perniagaan boleh digunakan sebagai jaring keselamatan yang berkesan untuk pemilik perniagaan terutamanya semasa krisis. Dengan akses kepada wangdan sumber tambahan, syarikat boleh terus beroperasi, membayar staf, dan mengekalkan tahap inventori walaupun pendapatan merundum. Jenis pembiayaan ini ialah pilihan baik untuk perniagaan yang menghadapi risiko kemuflisan yang disebabkan oleh isu aliran tunai atau masalah kewangan lain pada waktu krisis seperti pandemik COVID-19.
Loan ini juga membolehkan perniagaan anda menerokai dunia pelaburan untuk menambah kapital yang mungkin sukar untuk dilakukan tanpa pembiayaan tambahan. Tambahan pula, akses kepada pinjaman memberikan anda fleksibiliti dan sekuriti apabila menghadapi cabaran seperti krisis ekonomi dan sebagainya.
Sekarang, anda lebih tahu tentang keperluan loan perniagaan untuk membantu syarikat anda berjaya. Kini terpulanglah kepada anda untuk menyelidik pakej pinjaman di Malaysia dan melihat mana satu yang paling sesuai untuk perniagaan anda!
Recent Comments